KRT3013 Tajuk Tugasan 3: Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran

My photo
ID: D20112054006 KUMPULAN:EL-B03 (A121PJJ)

Saturday, 15 December 2012

BENTUK MUKA BUMI DAN KEPENTINGAN TANAH TINGGI (NOTA)

Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau. Setiap bentuk muka bumi tersebut penting kepada kita.
KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA
sumber: http://kajiantempatantahun5.blogspot.com/

Tanah Tinggi dan Kepentingannya
Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Berdasarkan peta kawasan tanah tinggi di atas, perhatikan banjaran dan gunung yang terdapat di negara kita. 


i. Menjana Kuasa Hidroelektrik
Stesen jana kuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air. Contohnya, Empangan Batang Ai yang terletak di Banjaran Kapuas Hulu, Sarawak, membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. 
Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. 
Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.



























Empangan Batang Ai adalah punca utama bekalan elektrik
yang mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985.
sumber dari http://sarawakdotkom.blogspot.com


Empangan Bakun merupakan empangan terbesar dan Tasik Buatan Manusia terbesar di Malaysia.
sumber dari http://ilmukini.blogspot.com

ii. Pelancongan
Pernahkah kamu melawat Tanah Tinggi Cameron di Pahang? Suhu yang nyaman dan pemandangan bukit-bukau yang menghijau menarik pelancong. Aktiviti pelancongan ini mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan.
Betapa indahnya pemandangan di Tanah Tinggi Cameron

Tasik buatan manusia Empangan Bakun mempunyai pemandangan
yang dijangka dapat menarik ramai pelancong berkunjung ke Sarawak.
sumber : http://ilmukini.blogspot.com

iii. Pertanian



Kamu boleh melihat banyak sayu-sayuran ditanam jika melawat Tanah Tinggi Kundasang. Di sini juga terdapat tanaman bunga-bungaan. Tanaman ini sesuai ditanam kerana kawasan ini bersuhu rendah.

Kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana.
sumber dari http://dtualang-ps.blogspot.com

kesuburan tanaman sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang.
sumber: http://ilmu.edublogs.org

Friday, 14 December 2012

Peluasan Tanah Jajahan (Nota)

Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan



Sumber: Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB
Peluasan Tanah Jajahan
British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Belanda menyerahkan Melaka kepada British
Sumber: http://cikguazid.com/2010/11/belanda-menyerahkan-melaka-kepada-inggeris-1824/

Thursday, 13 December 2012

TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

TOKOH / PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah.

Serangan Portugis kepada Melaka
sumber: http://sayangmelaka.blogspot.com/p/melaka-history.html
1. Sultan Mahmud Shah (Melaka) Menentang Portugis

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan kota A Famosa.

2. Raja Haji (Perak) Menentang Belanda
Raja Haji berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.
sumber:  http://9w2orb.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

3. Dato’ Maharaja Lela (Perak) Menentang British
J.W.W. BIRCH
Dato' Maharaja Lela













J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875

4. Rentap (Sarawak) Menentang British
Pada 27 Julai 1993, Rentap diisytiharkan sebagai pejuang kemerdekaan negeri oleh kerajaan negeri
dan patungnya yang diukir pada plak ditempatkan di Tugu Wira di Museum Garden di Kuching



Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.

5. Mat Salleh (Sabah) Menentang British

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambil hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju berdamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900. 

6. Anggota Force 136 (Tanah Melayu) Menentang Jepun


Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu.
sumber: skseriampang.net
Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.
  


Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak (Nota)


Sebelum abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah menguasi wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga tahun  1941.

White Rajah James Brooke
            James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawakk. Pangeran Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.


            Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya. Pangiran Muda Hashim mengingkari janjinya.
Raja (Pengeran) Muda Hashim,
bapa saudara  Sultan Brunei, Omar Ali Saifuddin II (1828-1852).

            Berikutan itu, James Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei untuk menuntut janji, Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Namun, James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.
Pertemuan antara James Brooke dan Sultan Brunei

Wednesday, 12 December 2012

Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah (Nota)


Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.


Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.

 Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.
Alfred Dent

Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent Company.

Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.

Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.

Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.