KRT3013 Tajuk Tugasan 3: Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran

My photo
ID: D20112054006 KUMPULAN:EL-B03 (A121PJJ)

Saturday, 15 December 2012

BENTUK MUKA BUMI DAN KEPENTINGAN TANAH TINGGI (NOTA)

Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang terdiri daripada tanah tinggi, tanah pamah, saliran, pinggir laut dan pulau. Setiap bentuk muka bumi tersebut penting kepada kita.
KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA
sumber: http://kajiantempatantahun5.blogspot.com/

Tanah Tinggi dan Kepentingannya
Tanah tinggi terdiri daripada banjaran, gunung, dataran dan bukit. Berdasarkan peta kawasan tanah tinggi di atas, perhatikan banjaran dan gunung yang terdapat di negara kita. 


i. Menjana Kuasa Hidroelektrik
Stesen jana kuasa hidroelektrik dibina di kawasan tanah tinggi yang ada sumber air. Contohnya, Empangan Batang Ai yang terletak di Banjaran Kapuas Hulu, Sarawak, membekalkan kuasa elektrik ke kawasan kediaman dan perindustrian di Kuching dan Bintulu.

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. 
Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. 
Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.



























Empangan Batang Ai adalah punca utama bekalan elektrik
yang mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985.
sumber dari http://sarawakdotkom.blogspot.com


Empangan Bakun merupakan empangan terbesar dan Tasik Buatan Manusia terbesar di Malaysia.
sumber dari http://ilmukini.blogspot.com

ii. Pelancongan
Pernahkah kamu melawat Tanah Tinggi Cameron di Pahang? Suhu yang nyaman dan pemandangan bukit-bukau yang menghijau menarik pelancong. Aktiviti pelancongan ini mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan.
Betapa indahnya pemandangan di Tanah Tinggi Cameron

Tasik buatan manusia Empangan Bakun mempunyai pemandangan
yang dijangka dapat menarik ramai pelancong berkunjung ke Sarawak.
sumber : http://ilmukini.blogspot.com

iii. Pertanian



Kamu boleh melihat banyak sayu-sayuran ditanam jika melawat Tanah Tinggi Kundasang. Di sini juga terdapat tanaman bunga-bungaan. Tanaman ini sesuai ditanam kerana kawasan ini bersuhu rendah.

Kawasan tanah tinggi di Malaysia sesuai untuk penanaman tanaman hawa sederhana.
sumber dari http://dtualang-ps.blogspot.com

kesuburan tanaman sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang.
sumber: http://ilmu.edublogs.org

Friday, 14 December 2012

Peluasan Tanah Jajahan (Nota)

Tujuan Kedatangan Kuasa Luar
Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan



Sumber: Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia, 2008. Kuala Lumpur: ITNMB
Peluasan Tanah Jajahan
British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Belanda menyerahkan Melaka kepada British
Sumber: http://cikguazid.com/2010/11/belanda-menyerahkan-melaka-kepada-inggeris-1824/

Thursday, 13 December 2012

TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

TOKOH / PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh itu, muncul pemimpin-pemimpin dan tokoh tempatan menentang kuasa-kuasa penjajah.

Serangan Portugis kepada Melaka
sumber: http://sayangmelaka.blogspot.com/p/melaka-history.html
1. Sultan Mahmud Shah (Melaka) Menentang Portugis

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan kota A Famosa.

2. Raja Haji (Perak) Menentang Belanda
Raja Haji berjuang dalam tahun 1784 menentang Belanda sehingga beliau akhirnya terkorban di Telok Ketapang.
sumber:  http://9w2orb.blogspot.com/2011_08_01_archive.html

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

3. Dato’ Maharaja Lela (Perak) Menentang British
J.W.W. BIRCH
Dato' Maharaja Lela













J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membuuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875

4. Rentap (Sarawak) Menentang British
Pada 27 Julai 1993, Rentap diisytiharkan sebagai pejuang kemerdekaan negeri oleh kerajaan negeri
dan patungnya yang diukir pada plak ditempatkan di Tugu Wira di Museum Garden di Kuching



Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.

5. Mat Salleh (Sabah) Menentang British

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambil hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju berdamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900. 

6. Anggota Force 136 (Tanah Melayu) Menentang Jepun


Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.
Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu.
sumber: skseriampang.net
Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.
  


Kedatangan Kuasa Luar ke Sarawak (Nota)


Sebelum abad ke-19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei. Keluarga Brooke telah menguasi wilayah Sarawak dari tahun 1841 hingga tahun  1941.

White Rajah James Brooke
            James Brooke seorang pedagang persendirian British telah datang ke Sarawakk. Pangeran Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei telah meminta bantuan James Brooke untuk menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan.


            Pangeran Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan Kuching sekiranya James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. James Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan dan menuntut haknya. Pangiran Muda Hashim mengingkari janjinya.
Raja (Pengeran) Muda Hashim,
bapa saudara  Sultan Brunei, Omar Ali Saifuddin II (1828-1852).

            Berikutan itu, James Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei untuk menuntut janji, Sultan Brunei terpaksa bersetuju dan melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak. Namun, James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja.
Pertemuan antara James Brooke dan Sultan Brunei

Wednesday, 12 December 2012

Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah (Nota)


Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.


Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.

 Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.
Alfred Dent

Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent Company.

Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.

Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.

Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.


Tuesday, 11 December 2012

Thursday, 6 December 2012

Projek KT (Cadangan 3 - Poster)

Tema Poster: 1 MALAYSIA

Masa: 2 Jam


Peralatan  :

  • Pensel warna dan krayon sahaja dibenarkan
  • Kertas lukisan


Poster yang dihasilkan  hendaklah;

  • Jelas dan ideal dengan tema yang ditetapkan
  • Kreatif dan hasil karya yang asli
  • Memenuhi keseluruhan  kertas lukisan
contoh:
sumber: http://smkaipp.blogspot.com
sumber: http://unionmalaysia.blogspot.com
sumber: http://lokkie-jl.deviantart.com


Wednesday, 5 December 2012

Projek KT (Cadangan 2 - Buku Skrap)

Tajuk: Bentuk Muka Bumi Malaysia

Kategori: Individu

Bahan :

  • Kertas A4, penebuk lubang, reben, keratan gambar daripadamajalah, surat khabar atau sumber lain, gambar daripada internet.

Arahan:
  • Hasil karya hendaklah ditulis tangan (tulisan tangan sendiri) yang kemas, besar, jelas, sesuai dan mudah dibaca, bukan cetakan komputer. 
  • menggunakan sebelah muka surat sahaja.
  • Sila cari maklumat serta gambar daripada buku, majalah, surat khabar atau internet bagi di bawah
  • Semua maklumat atau data ini perlu dibawa semasa membuat projek di sekolah.
  • Projek KajianTempatan ini akan dibuat di sekolah semasa waktu Kajian Tempatan masing-masing.
  • Projek Kajian Tempatan hendaklah disiapkan dan diserahkan kepada Guru Kajian Tempatan masing-masing dalam masa satu bulan.
  • Elemen tambahan (digalakkan) - Salinan gambar atau keratan daripada buku, majalah dan sebagainya  
  • Reka bentuk: disediakan dalam saiz A4 dan hiasan yang bebas mengikut kreativiti murid
  • Hasilkarya mestilah ciptaan sendiri


Pengisian buku skrap
  • Kulit hadapan (Tajuk)
  • Halaman pertama (Nama, kelas dan gambar murid)
  • Halaman kedua dan seterusnya (Kandungan)
  • Halaman terakhir (penutup dan Sumber rujukan)

Isi kandungan:

1. Bukit
  • nama-nama bukit yang terdapat di Malaysia serta lokasinya.
  • pilih salah satu daripada bukit tersebut dan nyatakan: nama bukit, ketinggian, tanaman yang popular,  keistimewaan bukit tersebut, gambar kawasan yang menarik 

2. Gunung
  • nama-nama gunung yang terdapat di Malaysia serta lokasinya. 
  • pilih salah satu daripada gunung tersebut dan nyatakan: nama gunung, ketinggian, tanaman yang popular, keistimewaan gunung tersebut, gambar kawasan yang menarik

3. Banjaran
  • nama-nama banjaran yang terdapat di Malaysia serta lokasinya.
  • pilih salah satu daripada banjaran tersebut dan nyatakan: nama banjaran, tanaman yang popular, keistimewaan banjaran tersebut, gambar kawasan yang menarik

4. Pulau
  • nama-nama pulau yang terdapat di Malaysia serta lokasinya.
  • pilih salah satu daripada pulau tersebut dan nyatakan: nama pulau, tanaman yang popular, keistimewaan pulau tersebut, gambar kawasan yang menarik 

5. Sungai
  • nama-nama sungai yang terdapat di Malaysia serta lokasinya.
  • pilih salah satu daripada sungai tersebut dan nyatakan: nama sungai, panjangnya, keistimewaan sungai tersebut, gambar kawasan yang menarik

6. Tasik
  • nama-nama tasik yang terdapat di Malaysia serta lokasinya.
  • pilih salah satu daripada tasik tersebut dan nyatakan: nama tasik, hidupan yang popular (cth: ikan), keistimewaan tasik tersebut, gambar kawasan yang menarik

Contoh-contoh buku skrap
contoh kulit buku skrap
sumber: http://mazazleeazahari.blogspot.com
contoh susunan isi kandungan
sumber: http://mazazleeazahari.blogspot.com

Tuesday, 4 December 2012

Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara


Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

Mari kita lihat Peta Asia Tenggara di bawah.

Peta Asia Tenggara


Wednesday, 21 November 2012

Projek KT (Cadangan 1 - model)



CADANGAN BAHAN YANG DIPERLUKAN (建议材料) :
CLAY(黏土)、KOTAK(盒子)、KERTAS WARNA(颜色纸)
SUMBER

Monday, 19 November 2012

Hasil Usaha Murid-murid (Projek KT)

Jangan putus asa..Berusaha lagi!
Siap juga akhirnya..
Siap! walaupun rumah panjang tak panjang seperti dijangka!?
terus berusaha lagi.
Terima kasih murid-murid kerana siap tepat pada masa..
Lega nampak sebaik saja siap dibina, walaupun goyang sikit :p
hmm...rumah moden ni.

Wednesday, 14 November 2012

RPH KT Bentuk Muka Bumi

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Tarikh :

Masa :60 minit

Tema :Geografi Fizikal

Topik :Bentuk Muka Bumi

Subtopik :Kepentingan Bentuk Muka Bumi

Tahun/Tingkatan : 5

Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia
2.Menerangkan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia
3.Menjelaskan kepentingan bentuk muka bumi kepada ekonomi Malaysia

Isi pelajaran: Mengenal Negara Kita
3.2 Geografi Fizikal
a. Bentuk muka bumi
i. Pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia
ii. Kepentingan bentuk muka bumi

Pengetahuan Sedia Ada:
1.Murid mengetahui tempat tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan kepulauan.
2.Murid berpengalaman melawat tempat pelancongan seperti Port Dikson, Cameron Highland, Pulau Langkawi dan sebagainya.

Penerapan Nilai Murni:Kesyukuran, kerjasama, hormat-menghormati, berani, yakin, berbangga, menghargai

Unsur-unsur Patriotisme:
Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.Menyedari kepentingan bentuk muka bumi terhadap ekonomi negara

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP):
1.Silang kata18 helai
2.Laptop dan LCD
3.Lembaran kerja18 helai

Set Induksi / Masa 5 minit
1. Murid diminta melihat tayangan pelbagai bentuk muka bumidi Malaysia
2. Murid diminta menyenaraikan pelbagai bentuk muka bumi di Malaysia.
3. Jawapan murid dikaitan dengan tajuk.

Langkah 1 / Masa 15 minit
1. Guru menayangkan nota-nota dengan slaid mengenai kepentingan bentuk muka bumi
2. Guru mengemukakan soalan berkenaan dengan tajuk pengajaran.
3. Murid menjawab dengan tepat.

Langkah 2/ Masa 15 minit
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Guru menugaskan tiap-tiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulannya mengenai kepentingan bentuk muka bumi.
3.Tiap-tiap kumpulan dibahagikan kepada tajuk yang berlainan:
   -Kump.1: Menamakan kawasan tanah tinggi dankepentingannya kepada ekonomi negara.
   -Kump.2: Menamakan kawasan tanah pamah dankepentingannya kepada ekonomi negara.
   -Kump.3: Menamakan kawasan saliran dankepentingannya kepada ekonomi negara.
   -Kump.4: Menamakan kawasan pinggir laut danpulau dan kepentingannya kepada ekonomi negara
4. Guru meminta kumpulan tersebut mencatat maklumat dalam lembaran kerja yang diberikan.

contoh lembaran kerja: kepentingan bentuk muka bumi
















Contoh-contoh teka silang kata
Melengkap silang kata ini dengan merujuk maklumat yang diberikan di bawah.

Menegak:
1. Aliran air semula jadi.
2. Barisan gunung yang memanjang.
4. Kegiatan _______merupakan sumber pendapatan kepada nelayan.
6. Stesen jana kuasa _______ dibina di kawasan tanah tinggi.
8. Tanah yang rata ialah tanah _____.

Mendatar:
3. Titik tertinggi pada sesebuah bukit atau gunung
5. Kawasan tanah tinggi yang lebih daripada 300 meter tingginya.
7. Kawasan tanah tinggi yang rendah daripada 300 meter tingginya.
8. Kegiatan ekonomi yang mengutamakan keindahan alam semula jadi.
9. Kawasan perairan yang dikelilingi oleh daratan


Jawapan:
1. Sungai 
2. Banjaran 
3. Puncak 
4. Perikanan
5. Gunung
6. Hidroelektrik
7. Bukit
8. Pamah (menegak), pelancongan (mendatar)
9. Tasi

Wednesday, 31 October 2012

JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA (SLAID 2)

Gambar jenis hutan

Saturday, 27 October 2012

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR (NOTA)


Jenis hutan yang terdapat di negara kita


1. Hutan Hujan Tropika


i. Tumbuh-tumbuhan
- Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit-bukau dan lereng gunung
- Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian berbeza.
- Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
- Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
- Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.
Keruing
Rotan
Meranti
Cengal



Balau



Buluh
ii. Hidupan liar
- Dibahagian bawah pokok terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
- Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.


Tupai terbang
Lebah / Sarang lebah
Kera
Beruang


2. Hutan Paya  Air Tawar

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di kawasan pendalaman bersaliran tidak baik dan bertakung air.
- Jenis pokok yang tumbuh seperti mengkuang, nipah, gelam dan palma.





Nipah
 
Mengkuang





Gelam










ii. Hidupan liar
- Di hutan nipah terdapat hidupan seperti ular, biawak dan buaya.

3. Hutan Paya Air Masin

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir sungai yang berlumpur.
- Pokok jenis akar jangkang seperti pokok bakau.
- Pokok lain seperti gelam, ramin, nibung, nipah dan paku pakis.

ii. Hidupan liar
- Di hutan pokok bakau terdapat burung bangau, kera, memerang, biawak dan ular.

4. Hutan Pantai

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
- Jenis pokok tahan tiupan angin dari laut.
- Jenis pokok seperti pokok ru, mengkuang laut dan pokok kelapa.

ii. Hidupan liar
- Di pantai yang berlumpur ada ular.
- Di hutan pokok ru terdapat burung dan monyet.

5. Hutan Gunung

i Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
- Pokok seperti laurel, paku pakis, orkid dan periuk kera.

ii. Hidupan liar
- Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.