KRT3013 Tajuk Tugasan 3: Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran

My photo
ID: D20112054006 KUMPULAN:EL-B03 (A121PJJ)

Wednesday, 31 October 2012

JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA (SLAID 2)

Gambar jenis hutan

Saturday, 27 October 2012

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR (NOTA)


Jenis hutan yang terdapat di negara kita


1. Hutan Hujan Tropika


i. Tumbuh-tumbuhan
- Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit-bukau dan lereng gunung
- Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian berbeza.
- Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
- Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
- Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.
Keruing
Rotan
Meranti
Cengal



Balau



Buluh
ii. Hidupan liar
- Dibahagian bawah pokok terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
- Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai terbang.


Tupai terbang
Lebah / Sarang lebah
Kera
Beruang


2. Hutan Paya  Air Tawar

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di kawasan pendalaman bersaliran tidak baik dan bertakung air.
- Jenis pokok yang tumbuh seperti mengkuang, nipah, gelam dan palma.





Nipah
 
Mengkuang





Gelam










ii. Hidupan liar
- Di hutan nipah terdapat hidupan seperti ular, biawak dan buaya.

3. Hutan Paya Air Masin

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir sungai yang berlumpur.
- Pokok jenis akar jangkang seperti pokok bakau.
- Pokok lain seperti gelam, ramin, nibung, nipah dan paku pakis.

ii. Hidupan liar
- Di hutan pokok bakau terdapat burung bangau, kera, memerang, biawak dan ular.

4. Hutan Pantai

i. Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
- Jenis pokok tahan tiupan angin dari laut.
- Jenis pokok seperti pokok ru, mengkuang laut dan pokok kelapa.

ii. Hidupan liar
- Di pantai yang berlumpur ada ular.
- Di hutan pokok ru terdapat burung dan monyet.

5. Hutan Gunung

i Tumbuh-tumbuhan
- Tumbuh-tumbuhan jenis bantut dan tumbuh jarang-jarang.
- Pokok seperti laurel, paku pakis, orkid dan periuk kera.

ii. Hidupan liar
- Binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, burung rajawali dan siamang.



Monday, 22 October 2012

KEDUDUKAN MALAYSIA DI BENUA ASIA DAN DI DUNIA (NOTA 5.1-b-i)



Benua-benua yang terdapat di Dunia:


1. Benua-benua yang terdapat di dunia ialah:

(a) Benua Asia

(b) Benua Afrika

(c) Benua Eropah

(d) Benua Antartika

(e) Benua Amerika Utara

(f) Benua Amerika Selatan

(g) Benua Oceania (Australia dan New Zealand)



Saturday, 20 October 2012

Latihan Bahagian B (Kesultanan Melaka)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


1. Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab telah di lakukan oleh ulama dan ______________

2. Sultan Muzaffar Shah telah menjalin hubungan dengan_________ untuk mengelak serangan Siam.

3. Kedatangan_______________ pada 1509 pada awalnya hanya untuk berdagang.

4. Melalui______________ antara putera dan puteri Sultan Melaka dengan anak raja dari negeri Pahang, Kelantan dan Siak berjaya meluaskan pengaruh Melaka.


5. Barangan yang di bawa dari China untuk di dagangkan di Melaka termasuklah_______ dan teh.

6. Senjata, tembaga dan minyak wangi adalah antara barang yang di bawa dari _________ ke Melaka untuk di dagangkan.

7. Tindakan Parameswara menguasai Temasik menimbulkan kemarahan________.

8. Kegiatan ilmu di Istana Melaka terhad kepada golongan istana dan __________ sahaja.



 China,  tembikar,  Perkahwinan,  Siam
bangsawan, India,  Portugis, jurutulis


Friday, 19 October 2012

Latihan Bahagian A (Kesultanan Melaka)


1. Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?
   
   A. Sultan Muzaffar Shah
   B. Sultan Mansur Shah
   C. Parameswara
   D. Sultan Alauddin Riayat Shah

2. Dari manakah Parameswara berasal ?

   A. Pasai 
   B. Aceh
   C. Temasik
   D. Palembang


3. Parameswara melarikan diri ke Muar setelah di serang oleh Kerajaan ________ di Temasik.

   A. Palembang
   B. Majapahit
   C. Siam
   D. Pasai

4. Temasik ialah negeri di bawah naungan kerajaan _______.

   A. Palembang
   B. Majapahit
   C. Siam
   D. Pasai


5. Nama Melaka di ambil sempena nama _________

   A. Sebatang Pokok 
   B. Sebatang Sungai 
   C. Seekor Anjing
   D. Seekor Pelanduk putih


6. Siapakah pembesar yang memangku tugas sultan ketika baginda gering atau ke luar negara?

   A. Laksamana 
   B. Temenggung 
   C. Bendahara
   D. Penghulu Bendahari

7. Siapakah pembesar yang menjadi hakim kes kes jenayah yang berlaku di darat?

   A. Laksamana 
   B. Temenggung 
   C. Bendahara
   D. Penghulu Bendahari


8. Sultan yang berikut berperanan menggubal Hukum Kanun Melaka

   A. Sultan Alauddin 
   B. Sultan Mansur Shah 
   C. Sultan Muzaffar Shah
   D. Sultan Mahmud Shah

9. Bendahara Tun Perak menjadi bendahara semasa
pemerintahan_____________


   A. Sultan Alauddin 
   B. Sultan Mansur Shah 
   C. Sultan Muzaffar Shah
   D. Sultan Mahmud Shah


10. Apakah jawatan yang sama dengan tugas bendahara pada masa ini?

   A. Perdana Menteri 
   B. Menteri Kewangan 
   C. Panglima Angkatan Tentera
   D. Polis


11. Jajahan Takluk Melaka meliputi negeri negeri berikut kecuali….

   A. Siak      B. Kampar      C. Kedah     D. Majapahit

12. Melaka meluaskan kuasanya melalui cara berikut, kecuali….

   A. Melalui penaklukan
   B. Kerelaan raja negeri Lain
   C. Perkahwinan
   D. Perjanjian

13. Portugis telah menjajah Melaka pada tahun______

   A. 1411        B. 1511        C. 1409        D. 1509






Tuesday, 16 October 2012

Projek KT Sem 2 Tahun 5 2012

PROJEK KT SEMESTER 2 2012 
Tahun 5
Pembinaan model (制作模型)

TAJUK: RUMAH PANJANG ORANG MURUT
题目:摩禄人的长屋

saiz (大小):25cmX30cm

CONTOH :

手工艺 kraftangan:








Monday, 15 October 2012

Kaum Di Sarawak (Nota 4.2-a-iii)

1. Penduduk di Sarawak terdiri daripada beberapa kaum. 

2. Kaum-kaum ini tinggal sama ada di persisiran pantai, pedalaman dan muara sungai. 

3. Taburan kaum di Sarawak di kawasan Persisiran pantai, muara sungai dan pedalaman.

3.1 Kawasan: Persisiran pantai 

3.1.1.(a) Kaum Melayu
3.1.1.(b) Penempatan: Kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu.

3.1.2.(a) Kaum Melanau
3.1.2.(b) Penempatan: Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.


3.2 Kawasan: Muara sungai 

3.2.1.(a) Kaum Iban
3.2.1.(b) Penempatan: Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Lupar dan Sungai Rajang.

3.2.2.(a) Kaum Bidayuh
3.2.2.(b) Penempatan: Singgai, Sadong dan Sungai Kayan.


3.2.3.(a) Kaum Kenyah
3.2.3.(b) Penempatan: Sungai Baram, Kawasan Ulu Batang, Rajah dan Balui.


3.3 Kawasan: Pedalaman

3.3.1.(a) Kaum Kelabit
3.3.1.(b) Penempatan: Lembah Terusan dan Sungai Baram.

3.3.2.(a) Kaum Penan
3.3.2.(b) Penempatan: Kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.

3.3.3.(a) Kaum Murut
3.3.3.(b) Penempatan: Kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Terusan


Wednesday, 10 October 2012

Kota dan Kubu (7.4.b.i.)

Tinggalan Kuasa Penjajah


A’Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. 

Pintu gerbang ini merupakan peninggalan Portugis dan 
sebuah kubu yang begitu mantap pada zaman penjajahan Portugis.

Gereja St Paul terletak di atas St Paul Hill. Gereja ini dimusnahkan semasa peperangan antara 
Belanda dan Portugis. Gereja ini juga merupakan gereja katolik yang paling tua di Malaysia. 


Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam, 
melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor,
terletak di Sungai Melaka, dibina antara tahun 1641-1660,
bangunan ini merupakan  bangunan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. 


Kubu St. John (St. John Fort) ini telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda 
semasa suku ketiga kurun ke-18. Kubu ini pernah menjadi gereja khas Portugis.
Kubu ini mempunyai ciri menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar,
dikatakan pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari tanah besar 
berbanding dari arah laut di Selat Melaka



Christ Church merupakan gereja Protestent yang tertua di negara kita, 
gereja ini siap dibina pada thaun 1753, mengambil masa selama 12 tahun 
untuk membina. 

Monday, 8 October 2012

NOTA 7.4 - Zaman Penjajahan

a) Kedatangan penjajah

    i)  Kuasa-kuasa yang pernah menjajah kita

  • Portugis
  • Belanda
  • Inggeris
  • Jepun
     ii)  Tujuan penjajahan

  • Perdagangan
  • Perluasan wilayah
  • Penyebaran agama
  • Keperluan bahan mentah
b) Kesan penjajahan

  i)  Bahan tinggalan
  • Kota dan kubu (A Famosa, Kota Belanda, dan Kota Margherita)
  • Bangunan (Stadhuys, Penang Free School, dan Maktab Perguruan Sultan Idris)
  • Jalan Kereta Api 
  • Jalan Raya
  ii)  Sosial

  • Masyarakat berbilang kaum
  • Bahasa dan tulisan
  • Semangat Nasionalis
c) Penentangan masyarakat tempatan

  i)  Sebab
  • Portugis menindas penduduk tempatan
  • Belanda mengenakan syarat-syarat perdagangan yang ketat dan tidak adil
  • Inggeris campur tangan dalam adat istiadat Orang Melayu dan Agama Islam
  • Inggeris merampas hak memungut cukai daripada pembesar tempatan
  • Jepun bertindak zalim terhadap penduduk tempatan
  ii)  Cara

  • Serangan bersenjata
  • Pemberontakan
  • Pembunuhan Residen dan pegawai Inggeris
  • Tunjuk perasaan
  ii)  Tokoh

  • Golongan istana (Sultan Mahmud)
  • Golongan pembesar (Datuk Maharajalela, Sharif Masahor, Datuk Dol Said)
  • Kalangan pemimpin tempatan (Rentap, Banting, Mat Salleh)
  • Kalangan ulama (Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung)






        Saturday, 6 October 2012

        NG KOOI HEONG (D20112054006)


        Nama : NG KOOI HEONG
        Nombor Matrik : D20112054006


        Tugasan 3: 
        Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran 

        Tajuk:
        Kajian Tempatan Tahun 5