KRT3013 Tajuk Tugasan 3: Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran

My photo
ID: D20112054006 KUMPULAN:EL-B03 (A121PJJ)

Wednesday, 10 October 2012

Kota dan Kubu (7.4.b.i.)

Tinggalan Kuasa Penjajah


A’Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. 

Pintu gerbang ini merupakan peninggalan Portugis dan 
sebuah kubu yang begitu mantap pada zaman penjajahan Portugis.

Gereja St Paul terletak di atas St Paul Hill. Gereja ini dimusnahkan semasa peperangan antara 
Belanda dan Portugis. Gereja ini juga merupakan gereja katolik yang paling tua di Malaysia. 


Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam, 
melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Dibina sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor,
terletak di Sungai Melaka, dibina antara tahun 1641-1660,
bangunan ini merupakan  bangunan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. 


Kubu St. John (St. John Fort) ini telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda 
semasa suku ketiga kurun ke-18. Kubu ini pernah menjadi gereja khas Portugis.
Kubu ini mempunyai ciri menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar,
dikatakan pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari tanah besar 
berbanding dari arah laut di Selat Melaka



Christ Church merupakan gereja Protestent yang tertua di negara kita, 
gereja ini siap dibina pada thaun 1753, mengambil masa selama 12 tahun 
untuk membina. 

No comments:

Post a Comment