KRT3013 Tajuk Tugasan 3: Pembangunan Blog Pengajaran & Pembelajaran

My photo
ID: D20112054006 KUMPULAN:EL-B03 (A121PJJ)

Wednesday, 12 December 2012

Kedatangan Kuasa Luar ke Sabah (Nota)


Pada abad ke-16, Sabah terkenal di kalangan pedagang barat. Di Sabah terdapat hasil hutan seperti rotan, gambir dan sarang burung. Faktor ini mendorong kuasa barat bersaing untuk mendapatkan dan menguasai hasil tersebut di Sabah. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) telah berjaya menguasai Sabah pada tahun 1882.


Sultan Brunei telah memberi pajakan satu kawasan yang luas selama 10 tahun di Sabah kepada Charles Lee Moses, seorang Amerika pada tahun 1865.

 Walau bagaimanapun, Charles Lee Moses telah menjual hak pajakan tersebut kepada The American Trading Company. Namun, akibat gagal memajukan tanah tersebut, syarikat ini pula menjual hak pajakan kepada Baron Von Overbeck.
Alfred Dent

Baron Von Overbeck bergabung dengan Alfred Dent dan Edward Dent dan menubuhkan Overbeck and Dent Company pada tahun 1877. Sultan Brunei telah memperbaharui pajakan tanah kepada Overbeck and Dent Company.

Pada ketika itu, Syarikat Borneo Utara British telah berada di utara Sabah hasil daripada perjanjian pada tahun 1764. Pada tahun 1880, Overbeck tidak lagi menjadi rakan kongsi dalam Overbeck and Dent Company. Oleh itu, Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Persatuan ini telah berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaannya di Sabah.

Pada tahun 1881, kerajaan British bersetuju dan menganugerahkan Piagam Diraja kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad.

Pada tahun 1882, persatuan tersebut dinamai Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Melalui Piagam Diraja, syarikat ini mendapat kuasa untuk mentadbir serta menjalankan perdagangan di Sabah.


No comments:

Post a Comment